Maria Mengunjungi Elisabet Saudarinya. Elisabet Berkata "Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu!
Tidak lama kemudian, Maria segera berangkat ke sebuah kota di Yudea, di kawasan pergunungan. Dia pergi ke rumah Zakharia lalu memberikan salam kepada Elisabet. Ketika Elisabet mendengar salam Maria, anak dalam kandungannya bergerak. Elisabet dikuasai oleh Roh Allah, lalu dia berseru, "Berbahagialah kamu antara semua wanita! Berbahagialah anak yang akan kamu lahirkan itu! Mengapakah penghormatan yang sebesar ini diberikan kepadaku, sehingga ibu Tuhanku datang melawat aku? Sebaik sahaja aku mendengar salammu, anak dalam kandunganku bergerak kerana bersukacita. Alangkah bahagianya kamu kerana percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadamu akan berlaku!" Bunda Maria mengunjungi Elisabet. Sebuah sukacita yang mendalam dirasakan oleh Elisabet karena Maria mengunjunginya. Maria tahu pergumulan hati Elisabet yang mengandung pada masa tua. Elisabet merasa dikuatkan dengan kehadiran Maria. Elisabet sungguh merasakan bahwa dia tidak sendirian dalam pergumulan ini. Bagi Elisabet,...